top of page

3 B@Buka Buku Baru

 

Betapa rasa dalam diri menggebu-gebu kepalang. Rasa untuk menulis sesuatu yang terbenak di fikir, tergantung di hati dan jiwa. Sebelum ini saya ada beberapa blog: Hanihassan. blogspot, www.ummuhani.com dan ceritakoreakami.blogspot tetapi semuanya kemudian tergantung (tanpa tali) gara-gara saya terlupa password dan terlupa bayar yuran web!

Saya ingin melontar sesuatu yang benar-benar diri saya sekarang ini. Ada banyak perkara yang mahu dikongsikan tetapi terbatas kerana khalayak yang pelbagai pemikiran. Jadi blog ini adalah coretan bukan untuk popular, bukan menulis untuk meraih perhatian dan pembacaan orang lain. Sesiapa terjumpa, moga ada manfaatnya.

Blog ini tempat saya melepaskan rasa di atas rasa-rasa yang muncul....berlaku dalam dua dunia: Realiti dan ?

 

Alhamdulillah, 

 

Buku ini adalah rakam pertama saya (dan rakan penulis) di Korea. Ketika mengunjungi Kota Daejon minggu lalu, saya merasakan (dan berdoa) agar terhasil lagi 3 ke 4 buku tentang bumi Korea ciptaan Allah SWT yang indah ini.

 

Mungkin buku itu saya tulis seorang diri, sebuah travelog dari Kodiang ke Seoul.

 

Bercakap tentang buku, penerbit adalah jodoh. Jodoh yang panjang maksudnya penerbit itu baik terhadap penulis  atau penulis tidak jatuh cinta kepada jodoh lain (penerbit yang lebih ohsem!) 

DAUN-DAUN YANG GUGUR

Ini gambar yang saya petik tahun lalu; saat daun-daun gugur ke bumi, di tepi lorong rumah kami. Hari ini sudah pertengahan bulan februari 2016. Pantasnya masa hilang. Saya seperti merasakan ianya baru berlaku semalam.

 

Daun-daun Gingko ini penting buat si peniaga yang tahu buat wang. Kata cerdik pandai, daun ini ada khasiat untuk mengubat sakit lupa@ nyanyuk. Saya lihat ajusyi si tukang sapu selamba sahaja mengaut daun-daun ini ke balgasi sampah. Dia sudah tua, mungkin dia makan ubat untuk sakit lupa dari 'daun yang lain'.

 

 

Book no.1
Book no.2
Book no.3
bottom of page