ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

Penulis: Kerja (gila) atau Karier?

October 8, 2016

 

Rogers (1991) cuba menggambarkan perbezaan antara dua kehendak dalam penulisan. Satu segi, penulisan kreatif dianggap sebagai 'vocations', sisi lain ianya dianggap sebagai 'career'.

 

VOCATIONS:

Penulis-penulis besar banyak yang terlibat dengannya. Bermula dengan minat membaca novel sejak kecil, kemudian minat untuk menulis, kemudian menjadi semacam obses dan akhirnya mengabdikan diri sebagai penulis yang bukan agenda lain sebagai matlamat tetapi kemahuan dari dalam diri yang sangat kuat. Kata lain: kalau tak menulis boleh mati!

 

Tolstoy berkata, "One ought only to write when one leaves a piece of one's flesh in the ink-pot each time one dips one's pen."

 

Doestoevsky cakap,"Writing literature is real hard labor.."

 

Ernest Hemingway, Kurt Vonnegut dan Lawrence Durrell setuju bahawa menulis adalah tekanan!

 

CAREER:

Janet Dailey adalah lima penulis yang paling laris novelnya di dunia pada 1990-an. Novel pertamanya terbit pada 1976 yang menjadi penyebab enam novelnya yang terkemudian berjaya. Novel pertamanya diterjemahkan ke 17 bahasa, terjual 90 juta naskah di 90 negara. Ketika tamat sekolah tinggi, beliau sudah disenaraikan sebagai penulis Amerika pertama berada dalam carta 140 novelis British di Carta Harlequin.

 

Beliau menulis 20 halaman sehari. Novelnya Silhouette disiapkan dalam tempoh sembilan hari. Ada juga bukunya yang ditulis 15 halaman sehari dan disiapkan dalam tempoh 30 ke 45 hari sahaja. Dia kemudiannya menjadi produser filem bersama suaminya. Menjadi jutawan penulisan- penerbit filem setelah filem pertamanya pecah panggung.

 

Ini contoh penulisan kreatif sebagai karier.

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019