ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

'Imam di Jalanraya'

October 12, 2016

 Banyak lorong kereta, banyaklah imam kita.

 

Sudah beberapa minggu saya memandu kereta ke universiti. Antara hal yang menakutkan ketika memandu adalah 'menjadi imam' di jalanraya. Lampu isyarat di Korea amat 'bahaya' kepada pemandu baru dari negara yang sistemnya 'terbalik' dari Korea.

 

Ada banyak lampu isyarat dan lorong. Jika tersalah masuk lorong, bermakna lampu isyaratnya sudah berubah. Misalkan, jika anda di lorong A, B dan C pada satu hala, lorong A atau C mungkin lorong yang destinasi hujungnya berbeza (belok atau terus ke depan) jadi lampu isyaratnya akan ada dua lampa hijau. Di sini, jika tidak berhati-hati, anda akan bergerak dengan dua lampu hijau, atau salah satu hijau yang 'salah'.

 

Saya tersalah mengerti lampu hijau ini beberapa kali. Lampu hijau merujuk ke lorong C, tetapi saya di lorong A turut meredah laluan. Di persimpangan pula, jika anda mahu ke lorong kanan (lorong pemanduan di Korea), anda tidak perlu menunggu lampu hijau, asalkan tiada kereta dan manusia mahu melintas, kereta boleh bergerak. Alahai, saya buat seronok untuk bebas, di satu lorong, walaupun lampunya merah, saya fikir saya boleh redah tetapi sebenarnya itu ke haluan kiri. Tepuk kepala.

 

Saya berfikir, satu salah boleh menyebabkan satu surat saman sampai di rumah dengan jumlahnya 30 ribu ke 50 ribu won (>RM150). Bagaimana 3,4 lima kesalahan? Semoga ada rezeki buat saya 'kamera' samannya rosak.

 

Lain pula jika kita sekadar makmum di jalanraya. Kita ikut kereta lain di belakang, buat apa yang mereka lakukan. Jika kereta itu meredah laluan yang walaupun sedang lampu merah, kita ikut sahajalah. Jika mereka berhenti, kita berhenti. Namun, tetap ada bahayanya. Di saat kita memecut di belakang kereta lain kerana lampu sedang hijau, tiba-tiba waktu kereta kita di tengah simpang, lampu menjadi merah. Maka, selalunya, kita terpaksa berhenti. Waktu itu, pandai-pandailah kita selamatkan kereta dengan gear ke belakang atau dihon kereta lain dari enam atau lima lorong dari pelbagai arah.

 

Bukan menjadi imam dan makmum solat sahaja yang pentingkan?

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019