ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

Patron Pembacaan

September 23, 2016

Gambar: Seni jadi mahal tanpa patron kapitalis di belakangnya.

 

Sejak abad ke 17, patron pembacaan wujud di Eropah terutama Itali, England dan Perancis. Ianya suatu istilah yang dirujukkan kepada individu atau kumpulan yang mendanai penerbitan dan pemasaran sesuatu bahan bacaan termasuk juga naskah teater. Apabila budaya membaca berkembang di barat pada abad ke 18 dan 19, patron-patron antara yang penting dalam gelombang tersebut. Mereka bertanggungjawab mendesain judul, kandungan dan strategi pemasaran yang digemari pembaca mengikut kelas sosial. Misalnya di rak-rak buku sudah terdapat jenis pilihan bacaan seperti buku kanak-kanak, remaja, motivasi, jurnal, kisah benar, kisat-kisah cinta dan buku dekorasi rumah. Patronlah yang mengeluarkan modal untuk semua ini.

 

Apakah sistem patron pembacaan ini baik atau sebaliknya?

 

Dengan adanya patron, berkembanglah bahan-bahan bacaan ke seluruh dunia. Namun, bahan bacaan tidak dijeniskan yang baik atau buruk; bercampur-baur sesuai dengan kehendak dan matlamat patron. Pihak gereja menjadi patron kepada buku-buku berunsurkan ajaran Kristian di England misalnya. Ada pihak yang menjadi patron kepada buku-buku lucah kerana masyarakat ada yang suka membacanya.

 

Patron dilihat mengancam kebebasan intelektual dan daya kreatif penulis terutama para penulis novel sastera. Novel-novel yang dibayar untuk dimunculkan berbeza nilainya dengan novel yang lahir dari alam intelektual serta kemandirian penulisnya. 

 

Hari ini, begitu banyak sekali patron yang berkuasa di kedai-kedai buku. Mereka bukan sahaja berkuasa (dengan wang ringgit) mendesain judul dan kandungan buku tetapi turut mendesain penulisnya supaya segera popular.

 

Ia menghancurkan keintelektualan dan intergriti penulis terhadap bakat dirinya demi wang dan material.

 

 

 

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019