top of page

Tentang Cinta Romantisme

Novel Baromkeh, Matamu di Mataku adalah novel cinta. Cinta remaja dalam dunia 'mahasiswa Melayu di Timur Tengah'. Inilah yang saya angkat dalam seli catatan travelog Damsyik Disember 2005- Hujung Februari 2006. Saya kesani, dalam kalangan pelajar aliran Pengajian Islam, mereka mempraktiskan cinta romantisme yang 'agak unik' dan tersendiri.

Ada banyak cara menunjukkan rasa cinta, biasanya bertahap. Dimulai dengan penantian (waiting), pertemuan tidak sengaja dan sengaja (meeting), penjelmaan (embodiment), keinginan (desire), bahasa fizikal dan tulisan, cemburu, lamarån (proposal) dan perkahwinan. Saya memperhatikan, dalam kalangan mahasiswa Melayu yang berfikrah Islam, perkahwinan selalu diletakkan sebagai tahapan cinta yang awal; selepas penantian dan pertemuan pertama lalu lamaran dan perkahwinan. Tahap berikutnya adalah praktis-praktis cinta romantisme yang berunsurkan keinginan, sentuhan, dan hubungan badan. Jadi, perkahwinanlah yang menghalalkan cinta romantisme menjadi lebih membara.

Ini muncul dalam novel-novel popular Islam seperti Ayat-Ayat Cinta 2 karya Ustaz Habiburrahman El-Shirazy, Salju Sakinah karya Zaid Akhtar dan Mawar Syurga karya Fatimah Saidin. Semakin saya mendalami cara-cara bercinta golongan ini, semakin saya pula jatuh cinta!

Cinta adalah fitrah. Cinta dapat memadamkan permusuhan, menguatkan jiwa dan membenihkan perjuangan hidup. Cinta adalah bukti kekuasaan Tuhan. Allah SWT membiakkan manusia di muka bumi ini dengan jalan cinta iaitu perkahwinan.

Melalui Novel Baromkeh, Mataku di Mataku. Saya menonjolkan watak Iman; wanita berusia 24 tahun yang baharu berkahwin dua hari dan berpisah dengan suaminya Dr Husam untuk menyambung pengajian di Damsyik. Sebenarnya, saya bertemu dengan rakan-rakan yang berkahwin ketika belajar. Bagi ramai orang, perkahwinan ketika belajar akan menimbulkan banyak masalah. Tetapi saya bertemu rakan-rakan yang mempertahankan kecemerlangan walau sudah bergelar isteri dan suami. Watak Ziyad Rifki pula adalah watak pemuda yang berimpian akan dilamar wanita yang baik. Secara tipikal, lelakilah yang perlu melamar wanita. Tetapi saya beranggapan ada lelaki yang suka wanita 'memulakan' proses cinta suci. Manakala watak Adawiyah dan watak Salwana adalah gadis-gadis yang meletakkan soal jodoh mereka kepada Yang Maha Tinggi. Adawiyah menyintai seorang lelaki dari jauh, Salwana tidak pernah memikirkan hal cinta melebihi ilmu dan pengalaman di negara orang. Namun persoalan jodoh adalah rahsia Tuhan, apabila jodoh datang, maka terjadilah ikatan yang diberkati.

Selain isu-isu sosial dan latar travelog Damsyik, Saya memberi fokus kepada cinta muda-mudi Islamik ini. Ianya sangat significant dalam sebuah novel tarbiah. Dengan tujuan, keindahan cinta remaja akan terpimpin apabila hati bersaluti iman dan ilmu. Ramai remaja kita kecundang hidup akibat kecewa cinta. Di awal perjuangan dakwahnya, Buya Hamka juga mempertaruhkan kisah-kisah cinta dalam novel atarannya Tenggelamnya Kapal Van der wijck, Merantau ke Deli dan Di bawah Lindungan Kaaba untuk dakwah para pemuda di Indonesia


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page