ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

Jeonju, Jodoh Kita!

June 4, 2017

 

 Salah-satu laman rumah Hanok di Jeonju

 

 

Jeonju dan Sihir 'Ekonomi' Budayanya..

Tahun ketiga kami di Korea, perlahan- lahan Allah swt membuka ruang untuk kami ke selatan negara ini. Kami dalam istilah lain adalah orang utara. Seoul sendiri terletak 50 km sahaja ke Korea Utara. Tapi saya dengar dari mahasiswa Korea, bahasa selatan Korea khususnya Daegu paling keras dan khas. Bahasa Korea dialek Daegu sering digunakan dalam drama- drama Korea, malah di Parlimen Korea, wakil- wakil rakyat Daegu selalu lantang. Kalau di Malaysia, orang utaralah terkenal 'kasaq' dan 'keraihnya'.

Jeonju, kami dibawa ke sini kerana tugas suami secara kebetulan. Namun, saya yakin itu rezeki dari Allah Swt. 200km dari Seoul ke selatan dalam wilayah Jeolla. Jeonju kota budaya. Masuk ke perkampungan hanoknya di Wansan Gu terasa pergi ke keraton Jogjakarta. Bezanya wanita di sini pakai hanbok yang lebih Islami dari baju keraton jawa yang mendedah bidang bahu. 

 

walaupun begitu, ada cerita lain. Sejak Korea beritiman dengan barat (khususnya Amerika), budaya tradisi Korea turut berubah. Hanbok ditinggalkan zamannya, menjadi busana Chuseok atau hari perkahwinan. Hanbok bergantungan di dekat- dekat Istana (bukan tempat tinggal raja kerana Korea tiada raja tetapi pusat pelancongan) dan perkampungan tradisional Korea atau Hanok. Jadi hanbok dan hanok seperti isi dengan kuku. 

Orang Korea, lelaki dan perempuan datang ke hanok, menyewa hanbok (5000- 10000 won beberapa jam) kemudian mengitari hanok sambil berselfie sana- sini, minum kopi dalam kafe stail hanok dan berpacaran seperti di era Joseon. Membeli sendiri hanbok tidak berbaloi, mahal kata mereka. Hanya dengan 5000 won, bahkan sudah boleh menjadi 'artis Korea' di media sosial masing- masing.

 

Oleh itu, bisnes hanbok dan hanok mendapat sambutan. Kedua perkara ini menguntungkan masyarakat setempat. Saya bertemu Sister Hyu. Usianya awal 50-an, tidak berkahwin. Sepanjang 9 hari di Jeonju, kami menyewa rumahnya yang semi hanok. Di luar adalah flat, dalam rumah adalah hanok. Kreatif . 

"Berapa rumah sewa kamu ada?" tanya saya. "Lima..satu sedang pembaikan ( mungkin menjadi hanok)" balasnya. Wah, tengoklah seorang makcik, yang bahasa Inggerisnya tidak begitu lancar, orang kampung (bukan orang kota seperti Seoul) tetapi bisnes rumah sewa lebih dari orang di kota. Dia belajar bahasa Inggeris untuk melebarkan lagi perniagaan rumah tetamu (guesthouse) kepada orang luar. Walaupun Jeonju itu jauh di selatan, hanok itu kampung Korea tradisional ( orang Kedah kata hulu) dan hanbok itu baju ketinggalan zaman bahasa lainnya, dek ada dunia atas talian, hal- hal yang lama dijenamakan semula. 

 

Orang- orang Jeonju yang berduit, lebih rela tinggal di rumah kecil tetapi wangnya digunakan untuk membeli tanah, membuat hanok dan menyewakan kepada orang. Bahkan, jika tidak mampu membuat hanok, rumah mereka sendiri dijadikan 'pasar budaya' dengan lukisan dinding, dekorasi halaman serta bunga-bungaan. Di situ mereka buka 'kedai kopi' atau kedai kraftangan. 

 

Eh, di mana makcik- makcik 'hulu' ini promosi tempatnya? 

Airbnb beb!

 

Ketika bersembang dengan penyelia Phd saya, dia mengatakan pernah membesar di Jeonju, di kawasan Hanok Villagenya. Oh...

 

 

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019