top of page

Apa maksud Minum di Korea?

Julai lalu, saya menerima emel dari seorang pegawai Stesen Televisyen KBS, Korea, Puan Jin. Dia mahu belajar bahasa Melayu dengan saya. Kami bertemu di Ediya Coffea di Stesen Hwrangdae, berbual empat mata setelah berkenalan di emel. Dia rupanya alumni Jabatan Melayu-Indonesia, Hufs angkatan 1990-an.

Kami berkongsi banyak kenangan bersama. Dia bekerja sebagai penerbit dokumentari dan bual bicara di KBS lebih 10 tahun.

"Saya mahu mencari kerja di Johor Bahru, kerana mahu lebih dekat dengan anak saya, yang kini belajar di Singapura," kata Puan Jin.

Setelah pertemuan pertama, kami mensasarkan bulan September saya akan mula mengajarnya. Namun ..sebulan berlalu, saya dikerumuni sibuk, juga dia. Hanya sekali dia datang ke rumah, memberi baju-baju sejuk anaknya , saya membekalkan nasi arab kepadanya.

Saya dengan berat hati menghantar mesej ringkas kepadanya (setelah terjadi beberapa 'pengalaman baharu di Korea) : Puan, saya mohon maaf tidak dapat mengajar kamu Bahasa Melayu kerana masa sungguh padat. Kita boleh minum bersama di masa lapang..

Kemudian..pada kata minum bersama saya tambah 'minum kopi' bersama, kerana saya takut salah faham berlaku. Mengajak orang Korea minum bersama itu adalah mengajaknya minum soju!

Mungkin seperti pertemuan pertama di Ediya Cofee, pertemuan berikutnya di kedai kopi lagi, walaupun saya tidak pernah memilih kopi sebenar untuk diteguk .


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page