ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

6 Kali Pocheon

July 3, 2018

 

 

 

 

Tasik Sanjeong dikawal tiga raksasanya; Gunung Myengseong, Gunung Mangbong dan Gunung Mangmubong. Tiga raksasa itu bertukar-tukar wajah selama musim berganti. Selalunya di musim salju, gunung-gunung menjadi putih dan kaku sehingga tidak berupaya menatang tasik untuk terus menjernih. Waktu itulah, tasik tanpa air yang berkocak diganggu suhu beku, sehingga-hingga tiada orang mahu mendayung dan melepaskan nafasnya ke tasik dan kampung itu menjadi sangat sunyi. 

 

Di musim luruh, kawasan ini ramah menerima tetamu seluruh Korea. Dedaunan seperti pensil-pensil warna. Ilalang pula tidak berhenti membelai dan dibelai angin.

 

Masya Allah, 6 kali kami berjodoh dengan Pocheon. Pada saat kehijauan, mahupun ketika gunung-gunung seperti lelaki botak dengan uban salji di atasnya. 

 

 

 

 

 

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019