ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

Bergetar..

July 9, 2018

 Gambar: Pinjamkan diriku semangatmu Ummu Nurul Izzah.

 

Hujan akhir-akhir ini, tidak begitu lebat. Tetapi jika turun, walaupun tidak lebat, akan berterusan dari pagi hingga malam.  Jalanan menjadi basah, bumbung bangunan menitiskan rintik ke tanah. Dedaun mejadi layu, dan hati saya sayu, pedih. 

 

Dalam ruang terbentang, banyak sudah terpenuhkan oleh masa lalu, titisan nikmatNya yang seperti hujan. Kekosongan yang saya rasakan, hanyalah sebuah perasaan yang retak akibat, salah tafsir pada kehendak Allah SWT. Waktu lapang adalah ujian.

 

Sebenarnya, bukanlah waktu lapang melainkan fikiran yang gemar terbang ke langit kenangan, memunculkan kemahuan-kemahuan, yang kemudiannya tergendala dan berubah-ubah. Di umur yang seperti sekarang, saya kira hanya umur yang berubah. Banyak masa lalu masih berada dalam ruang diri.

 

Saya telah memulai perjalanan sebuah novel. Juga cerpen.

 

Rupanya semakin sulit sekarang, bukan kerana rintik hujan dan kenangan, bukan juga kemalasan. Tetapi adalah longgarnya getaran 'semangat'.

 

Tidak seperti dulu.

 

Hujan terus turun, walau tidak lebat, tetapi berterusan hingga ke malam.

Saya mengimpikan sebuah tulisan sendiri, walau tidak serancak dulu, tetapi terus menulis, walau dua patah ayat sehari.

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019