top of page

Proses Hidup Seterusnya..


(Terima kasih sahabatku faizah, yang sudi mengirim poskad pertama meraikan diriku menjadi guru di laman kita dulu: Universiti Malaya)

Alhamdulillah, kami sudah kembali ke tanah air. Hari ini, sudah sebulan 4 hari kami bukan perantau di Seoul lagi. Hanya perantau di bumi Allah, di Malaysia.

Perjalanan bulan pertama ini amat mencabar, tetapi kasih sayang Allah SWT menutupi semua ujian, sehingga kami (saya dan suami) berasa malu dengan nikmatNya yang bertimpa-timpa. Bermula dengan persekolahan anak-anak sehingga pindah rumah; terjadi dua kali dalam tempoh sebulan ini; September 2018. Dananya besar dan menuntut 'pejam mata dan tawakkal'. Tapi itu adalah jawapan selepas Istikharah, Kami yakin sekali, 4 tahun 5 bulan di Korea mengajar kami tentang erti tawakal walau amat kecil dibandingkan tawakal sahabat Muslim di luar sana.

Saya sudah masuk ke pejabat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Tetapi belum menerima tugas rasmi untuk menjadi seorang guru. Mungkin minggu depan atau minggu berikutnya?

Hidup yang dijalani sekarang umpama perjuangan seorang ibu dan ayah demi anak-anak. Saya dan suami melepaskan kesenangan diri, demi yang terbaik untuk anak-anak. Begitulah yang telah dilalui manusia bergelar ayahbonda. Hatta membeli kasut baru juga tidak ada dalam kamus. Kasut yang sama saya pakai ketika di Seoul beberapa tahun, saya akan sarung lagi masuk ke kelas di sini, insha Allah. Sampai koyak saya pakai!

Banyak yang mahu saya catat, tetapi ruang amat terbatas. Mudahan Allah SWT selalu membawa kita di landasanNya. Walau di bumi manapun kita bergerak.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page