ummihani.abuhassan@yahoo.com.my/ 2016

Batasan Seorang Manusia

January 25, 2019

 

 

Kita tidak pernah mendengar  bahawa di dunia ini, ada manusia (kecuali para nabi dan rasul) yang memiliki keupayaan ilmu dalam semua bidang kehidupan. Sesuai dengan kelemahan manusia yang mempunyai batasan akalnya, Imam Hujjatul Islam, Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Tusiyy Abu Hamid al-Ghazzaliyy mengatakan ilmu itu ada sempadan hadnya (Inna al-ilma la hadda lah). Ketidak upayaan manusia mendefinisikan ilmu bukanlah menjadikan mereka jahil tentang ilmu tersebut. Seperti mahu menerangkan wangian kasturi yang mempunyai keluasan sifat dan ketidak-upayaan manusia menerjemahkan seluruh sifatnya.

 

Al Ghazzaliyy membahagikan ilmu kepada dua iaitu abadi (qadim) dan baharu (hadith). Ilmu qadim adalah milik tuhan. Ilmu yang tidak mempunyai permulaan dan mencakupi semua maklumat. Ia adalah Rahsia Allah. Walau bagaimanapun manusia dapat memikirkannya dengan dua cara iaitu hajmiyy (serta-merta) dan nazoriyy (teori). Ilmu hajmiyy ialah ilmu yang diketahui secara semulajadi melalui akal yang sihat seperti kewujudan diri, kesakitan dan keseronokan. Ilmu nazoriy adalah ilmu yang diusahakan untuk mengetahuinya melalui pandangan (teori) yang benar.

 

Akal dan ilmu berhubungan erat. Al-Ghazzaliyy memberi makna akal sebagai  satu kelayakan yang membolehkan seseorang itu layak menerima ilmu dan untuk memikirkan tentang apa yang diketahui." Iaitu orang yang tidak cukup akal (bodoh atau gila) atau belum matang (bayi) belum layak menerima ilmu.

 

Ilmu yang paling asas adalah ilmu tentang kewujudan diri. Selagi manusia samar-samar tentang keberadaannya di muka bumi, dia belum mempunyai ilmu yang cukup untuk pergi ke tahap ilmu yang berikutnya.

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019

April 29, 2019

April 24, 2019