top of page

Anak-Anak

  • Ummi
  • Mar 12, 2016
  • 1 min read

Saya melihat anak-anak kami: Darda' (5 tahun) dan Dawud (2 tahun) mulai ada kecenderungan masing-masing.

Hari ini Darda' sibuk sekali membuat dinosournya dari Lego yang kami beli. Dia juga obses menyuruh suami membuat kereta kebal dari keping-keping kertas. Dia sungguh teknikal.

Darda' amat takut pada darah dan doktor. Dua perkara ini amat berguna jika mahu dia melakukan sesuatu (yang tidak disukainya). Lalu saya dan suami mengandaikan dia mungkin berada dalam bidang teknikal; jurutera, saintis atau juruterbang!

Dawud gemar masuk dapur, buka almari dan ambil bawang. Dia kopek kulit bawang, beberapa biji. Jika saya memotong untuk memasak, dia menjadi penonton setia, walau sesekali tangan kecil itu mahu melakukan sama. Saya berkata pada suami, "Dawud akan jadi doktor yang suka masak!" (sebenarnya saya masih berdoa dia akan bekerja dalam bidang perubatan dan hobinya adalah menulis sastera dan memasak!)

Ibu bapa suka berdoa yang hebat-hebat untuk anak-anak, dek kerana mereka (saya dan suami) sendiri tidak mencapainya.

Begitukan?


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page