Menulis Yang Bukan Popular
- Ummi
- Mar 12, 2016
- 1 min read
Bukan perkara yang baharu. Menulis blog dari sisi seorang yang sunyi mungkin hal yang berbeza; daripada sebelumnya.
Setiap hari kehidupan akan meransang cara fikir ke hadapan, seperti pesatnya perkembangan dalam masyarakat. Teori-teori budaya barat selalu tidak mengaitkannya dengan Tuhan; dengan Allah SWT. Jika hati tidak mahu mencari nurNya, bahkan yang kita temui adalah perkembangan fikiran yang melihat diri sebagai 'hero' dan 'menang'.
Saya mencari arah diri. Dalam persimpangan yang banyak. Proses Phd ini memang galau. Orang melihat kita tenang bagai air di kali yang belum dilarati sampah. Tetapi hanya diri memahami betapa kusutnya lombong-lombong jiwa yang disumbati pelbagai metode, idea, cara pandang dan pandangan luar-dalam. Selalu berubah-ubah.
Saya sudah selalu menulis yang disukai pembaca; buktinya banyak. Ada yang tidak suka cara tulis saya, tetapi itu tidak ramai. Menulis yang baik-baik pasti membawa kebaikan, fitrah manusia suka kepada kebaikan.
Saya ingin menulis dari sisi yang saya fikir sekarang, bukan hanya soal kebaikan tetapi pencari kebaikan yang tidak bertopeng. Saya masih tahu batas penyair Muslim dan tidak beriman. Dalam menulis, buang hipokrasi tetapi masih berbatas. Kehidupan sahaja sudah ada batas antara dua; dunia dan akhirat. Kita akan pergi ke akhirat, justeru menulislah yang membawa bekal ke sana.

Gambar di atas saya ketik minggu lepas, ketika kami ke bumi Daejon. Sungguh indah. Hadiah untuk emak mentua yang pertama kali bertandang ke negara empat musim.
Burung-burung itu tidak mengendahkan saya. Mereka tahu saya sibuk: sibuk bertanya dalam diri sendiri, mencari jawapan atas jawapan.
Comentários