top of page

Konsep Yang Dikonsepkan

Umar Junus (1986) memerihalkan sosiologi sastera dengan definisi 'melihat karya sastera sebagai dokumen sosio budaya yang mencerminkan satu zaman.'

Terdapat tiga bentuk pendekatan sosiologi sastera dalam kritikan Sastera Melayu Moden (Ungku Maimunah Ungku Tahir, 2006). Bentuk pertama bertitik -tolak daripada andaian bahawa karya sastera bebas daripada tuntutan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian dipusatkan kepada teks semata-mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti yang wujud dalam karya yang dikaji.

Bentuk kedua pula menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai kaitan yang penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks dengan konteknya dan bagaimana kontek tersebut mempengaruhi karya yang terhasil daripada isi dan bentuknya. Manakala ketiga, meyakini wujudnya jalinan antara persekitaran dan karya namun menggunakan paradigma tertentu untuk mengkaji permasalahan yang ada dalam karya sastera

Antara ketiga bentuk ini, sekarang saya sedang meniliti yang manakah mahu diaplikasikan dalam novel-novel kajian saya nanti : Ayat-Ayat Cinta 1, Bumi Cinta, Api Tauhid dan Ayat-Ayat Cinta 2 dengan Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impiannya di Jaring dan Salju Sakinah.

Perjalanan tesisku (yang berhenti 'isi minyak' dulu) kembali bergerak..


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page