top of page

Kita di Negara Orang..

  • Ummi
  • Mar 17, 2016
  • 1 min read

Gambar: Profesor An, pakar Sejarah dan Budaya Melayu-Indonesia bertemu mahasiswa USIM-Darul Quran yang melawat Hufs pada November 2015.

Saya bertanya mahasiswa-mahasiswa Korea di kelas, apakah mereka pernah ke Bandar Sejong (yang terl-etak kira-kira 2 jam lebih dari Seoul). Tiada yang mengangkat tangan.

Saya katakan pada mereka yang Bandar Sejong adalah cuplikan idea dari Putrajaya, Malaysia. Pemerintah Korea dengan izin Kerajaan Malaysia di bawah Tun Mahathir mahu memanfaatkan idea bandar pemerintahan sekelompok seperti Putrajaya di Korea. Lalu Bandar Sejong pun diwujudkan, para pegawai pemerintah Korea pun dipindahkan ke sana.

Para mahasiswa tidak menampakkan yang mereka tahu tentang hal itu. Saya berkata tanpa mahu bercerita panjang, "Hari Sabtu ini saya mahu ke sana.."

Lalu kelas kami diteruskan.

Ketika selesai, saya sedang mengemas menyusun buku dan pen yang berselerak, seorang mahasiswi Korea mendekat.

"Ibu, benarkah anda mahu ke Bandar Sejong? Menurut rakan-rakan saya Bandar Sejong tidak menarik. Mereka tertekan berada di sana," dia memujuk saya membatalkan niat ke Banda

r Sejong.

"Orang Malaysia yang datang ke Korea mahu meneroka Korea, apapun tempatnya. Dan jika anda ke Malaysia, pasti anda mahu melihat semua tempat di Malaysia, tak kiralah hutan belantara.."

Mahasiswi itu senyum penuh makna dan berlalu.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page