Dialog Ibubapa Darda' Suatu Pagi
- Ummi
- Mar 24, 2016
- 1 min read

Alhamdulillah, sudah seminggu Darda' pergi ke Yuciwon (tadika) tidak jauh dari rumah. Gurunya memberikan kami satu buku laporan untuk kami tulis tentang Darda' di rumah. Oleh kerana saya tidak tahu berbahasa Korea, setiap hari hampir ayat yang sama saya tulis adalah: Sengsonim kamsahabnida (Cikgu, terima kasih). Saya perlu tulis hal itu kerana hati saya amat berterima kasih kepada guru yang mengambil masa Darda' dari jam 8.30 pagi sehingga 3 petang; mengasuh anak kami menjadi sebahagian budaya Korea. Sekiranya saya tahu berbahasa Korea, tentulah saya akan membuat tulisan lebih panjang (seperti saya taip di blog ini) untuk menyatakan betapa berbangganya saya terhadap guru kelas Darda'.
Suatu pagi, suami melarang saya menyuap Darda' makanan dalam kuantiti yang banyak.
Suami: Cikgu Darda' kata dia tak sarapan sangat di sekolah. Jadi jangan bagi dia makan banyak, sikit-sikit je supaya dia sarapan dengan kawan-kawan di tadika.
Saya: Tak boleh begitu abi. Lebih baik Darda' makan banyak dulu di rumah, kita tak tahu dia makan banyak atau sikit di tadika sekurangnya dia dah kenyang.
Suami: Sebab dia dah kenyanglah dia tak mahu makan di tadika. Janganlah suap banyak..
Saya: (dengan lagak anak sulung 11 beradik) Biar dia makan banyak dulu tak apa..
Suami: (Mula kecewa) Abi cakap biarlah dia makan banyak di tadika, makan sikit saja di rumah.
Saya: Darda' mari umi suap..
Darda' makan berselera. Sebagai ibu saya tahu dia akan makan banyak kerana saya menyuapnya. Di sekolah dia perlu makan sendiri mungkin itu puncanya.
Suami: Darda' jom ke tadika, nanti makan dengan kawan-kawan ye.
Begitulah cara fikir seorang ibu dan ayah.
Comments