top of page

Hamka vs Pramoedya


Hamka dan Promoedya, kedua insan ini merupakan penggerak-penggerak perjuangan Indonesia dalam tiga zaman: Penjajahan, Kemerdekaan Indonesia dan Orde Baru. Pramoedya sempat merasai zaman ketika Orde Baru tersembam di bumi, Hamka ketika itu sudah mengadap Allah SWT.

Keduanya pernah dipenjarakan kerana mempertahankan perjuangan masing-masing: Pramoedya pernah dipenjarakan di Zaman Pemerintahan Belanda dan Soeharto. Paling terkesan lama, di Zaman Soeharto. Beliau dituduh menyebarkan ideologi Komunis melalui karya-karya sasteranya. Dalam penjara banyak novel-novel besarnya dihasilkan antaranya tetrologi Bumi Manusia. Beliau pernah dikatakan ramai pengkaji, selepas keluar dari penjara, tidak ada lagi novel-novel besar dari Pramoedya. Justeru, ada yang berpandangan jika mahu Pramoedya menulis novel besar, harus memenjarakannya semula!

Hamka pula dipenjarakan ketika Rejim Tentera menguasai Indonesia pada 1963. Sejak Parti Komunis menguasai Indonesia lagi, beliau giat mempertahankan agama Islam. Belau mengkritik Pancasila yang dinyalakan oleh Soekarno sebagai tidak Islami. Beliau mahu Islam sebagai naungan negara majoriti umat Islam dunia ini. Belau terus-terusan berjuang lewat penanya walaupun persatuan gerakan sastera terbesar ketika itu (LEKRA) memburuk-burukkan peribadi Hamka antaranya Hamka dikatakan sebagai peniru karya-karya al-Manfaluthy, pengarang terkenal Mesir. Novel Tenggelamnya Kapal van de Wijk dikatakan hasil plagiat novel al-Manfaluthy. Hamka tidak membalas serangan terhadap peribadinya. Beliau terus konsisten menulis tentang agama Islam. Beliau disumbat ke penjara bersama ahli MASYUMI lain di zaman awal pemerintahan Soeharto dengan pelbagai label dan fitnah. Dalam penjara, beliau tekun menulis Tafsir al-Quran yang dinamakan Tafsir al-Azhar.

Ketika Hamka sudah dibebaskan, beliau bercanda, "Saya berterima kasih untuk tempoh dua tahun penahanan kerana dapat menulis sebuah tafsir al-Quran yang pasti tidak dapat dihasilkan pada tempoh 20 tahun pun jika tidak ditahan."

Begitulah hikmah penahanan politik kepada dua tokoh sasterawan ini


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page