top of page

Menjadi Guru Anak-Anak Korea


Gambar: Darda' adalah guru saya tentang nama-nama dinosour!

Sudah masuk tiga semester menjadi guru Pengajian Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul.

Saya menikmati pelbagai karenah pelajar Korea. Setengah mereka masuk ke kelas kerana mahu belajar, ada yang 'terpaksa' sahaja.

Yang terpaksa itulah cabaran saya.

Misalnya, ketika anak-anak Korea ini mulai pegang hp dalam kelas, di hadapannya saya yang bergelar guru, mereka tidak memandang wajah si guru, ralit bermesej dengan orang lain, ada yang membuka laptop, makan dan lain-lain. Oh, tersinggungnya hati.

Saya kemudian sedarkan diri. Saya tidak boleh marah. Salah-satu cara, saya kenangkan kata-kata Bu Muslimah dalam filem Laskar Pelangi.

"Saya bukan mahu menjadi isteri saudagar, saya hanya mahu menjadi seorang guru. Sekolah inilah yang memberi peluang saya memiliki cita-cita saya itu!"

Ya! Saya pun hanya seorang guru bukan hakim di mahkamah atau polis.

Suatu waktu, seorang pelajar Korea dari Jurusan Penyiaran datang mendekati saya.

"Ibu, maafkan saya. Bahasa Indonesia saya buruk. Tetapi saya mahu ikut kelas ibu.." katanya.

"Kalau begitu, mengapa anda mahu ikut kelas saya. Saya tidak pandai berbahasa Korea, pasti saya menggunakan bahasa Melayu dan Indonesia sahaja," balas saya.

"Kerana saya mendapat tau dari orang lain yang ibu sangat baik hati!" balasnya.

Entah mengapa. Rasa bahagia menyelinap. Ya Allah, terharu,

Saya guru. Saya guru. Saya guru.

Bukan hakim dan polis.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page