top of page

'Delete'

MacBook Air saya dipenuhi gambar-gambar yang ditangkap sendiri (dengan Kamera DSLR D1000 yang telah dijual kelmarin di Namdaemon.)

Saya kemudiannya memadamkan hampir separuh gambar-gambar. Hilang.

Ada gambar yang apabila dipadamkan, hati berasa lega dan lapang kerana sejarah (yang ketika gambar dipetik sangat indah, kemudian menjadi ujian sakit jiwa kepada saya!)

Perasaan sakit hati yang sembuh boleh terjadi lagi dengan hanya melihat gambar atau ingatan kembali.

Jikalaulah sejarah-sejarah hitam yang kita lakar dulu boleh begitu mudah dipadamkan, mudahnya kita menjadi 'manusia bahagia'.

Semoga Allah SWT memadamkan dosa-dosa kita di Padang Mahsyar kelak sebelum manusia lain menontonnya.

Gambar: Daun Gingko yang selalu diangkut ke dalam tong sampah apabila berselerakan di tanah..


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page