top of page

Penulis Tersorok


Saya kira, bulan ini saya telah menemui dua penulis tersorok.

Yang mana, mereka menggunakan nama pena di buku dan novel, kemudian tulisannya menjadi popular, lalu nama pena disebut-sebut.

Satu keinginan untuk tahu wajah dan latar-belakang sebenar si penulis pun membuak-buak.

Jadi, saya telah berjumpa nama dan wajah dua penulis setelah saya klik-klik di internet, dengan sedikit maklumat yang ada.

Saya terjumpa nama Dr Jamilah Jaafar. Nama penanya Dr Hayya Bilal, dia menulis buku Suami Aku Negro, Apa Kau Peduli?, dahsyat buku ini, dua hari saya selesai membaca kemudian 'memaksakan' suami pula baca.

Sebelumnya, saya mencari nama dan wajah sebenar penulis Tere-Liye. Adik saya minat sungguh tulisan orang ini. Dia seorang lelaki rupanya.

Itu membuktikan, wajah, suara, nama dan kedudukan kita bukan penting dalam penulisan. Bidang ini bukan seperti menjadi artis.

Walau bagaimanapun, akan tiba masanya penulis tersorok akan menjadi tersohor dengan cara lebih ajaib.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page