Lepas Cakap
Akhirnya saya menyimpulkan yang saya bukanlah menantu yang baik. Sukar sekali menyorokkan keinginan yang menjadi kesulitan ibu mentua. Misalnya tadi, ketika saya, suami dan emak mentua bercakap tentang pulang berhari raya. Saya terlepas cakap, yang agar sulit kami pulang dua tiga kali ke Pahang dalam tempoh dekat, eloknya tinggal lama di kedah (2 minggu) kemudian baru pulang ke Temerloh 2 minggu. Saya tambah lagi, jika suami nak pulang raya cepat (raya ketiga), dia pulanglah dulu seorang.
Saya bercakap itu di depan mak mentua!
nampak wajahnya agar mendung. Apalah yang disorokkan dalam hatinya, tentu perasaan yang 'tidak menyeronokkan'.
Begitulah saya yang tidak berseni (berhikmah) mengambil hati ibu mentua sedangkan orang tua jiwanya sensitif dan halus. Sebetulnya, saya mendiamkan diri sahaja tadi, cakap baik-baik dengan suami di tempat lain, di belakang ibu mentua. ah! ah!
Bagaimanalah menantu saya nanti (jika dipanjangkan umur?)