top of page

Status Sosial Berubah..


Saya dalam proses menghabiskan pembacaan novel Ayat-Ayat Cinta 2. Saya berkata pada suami (yang telah menekuni dulu novel ini) "Ianya novel 'keberahian' cara Islam." Ada unsur seksual tapi telah 'dimurnikan' dan tidak terlalu 'terang'.

Saya membaca lagi. Fahri telah bertukar status sosial:

Berbeza dengan Fahri yang dimunculkan dalam AAC (2003) sebagai anak rantau Indonesia yang belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah; miskin, berusaha keras antara belajar dan kerja sambilan, sederhana, dan merindukan kampung halaman. Kali ini, Fahri adalah watak baru yang hebat selepas berkahwin dengan pewaris jutawan Turki, Aisha. Dia sudah menyelesaikan Ijazah Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran dari Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Ijazah Kedoktoran dari Albert-Ludwigs-Universitat Freiburg, Jerman dalam bidang Filologi. Dr Fahri menjadi pensyarah tamu di Universiti Edinburgh, Scotland sebelum bertugas tetap di Oxford Centre for Islamic Studies, dalam waktu yang sama memiliki sebuah apartment, pasaraya dan restoran halal di Scotland dan lapan buah butik pakaian di kota utama Eropah (AAC 2, 2015). Fahri memiliki pemandu dan pembantu peribadi, Hulusi yang berasal dari Turki. Mengenderai SUV BMW dan Rolls-Royce Wraith.

Walau bagaimanapun, Fahri masih kekal seorang yang bertaqwa, Muslim moderat yang baik, pencinta ilmu, mempunyai gagasan luas untuk ummah dan agama.

dan selalu mengalirkan air mata..


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page