Bisikan Itu Doa
Kerap kali dalam hidup kita mengalami peristiwa yang pernah dibisikkan dalam hati sebelumnya. Itulah doa, dan itulah aturanNya.
Kehidupan di Korea ini ada banyak manfaatnya buat kami sekeluarga. Hal-hal yang baru mendatangkan hikmah, kadang berbentuk ujian kemudiannya kami merasakan itu juga adalah hikmah.
Saya berkali-kali terfikir mahu merakam video aktiviti kami sekeluarga untuk manfaat orang lain, sehingga membeli DSLR yang dapat merakam video. Allahuakbar, sungguh Dia Maha Mengatur segalanya. Kelmarin, dua orang crew Documentary Syahadah dari RTM1 datang merakam kehidupan saya sebagai pengajar di HUFS.
Di rumah, suami dan anak-anak turut terlibat. Semoga ada sisi manfaat yang baik, pengalaman baru.
Saya buang jauh-jauh rasa mahu popular. Di depan banyak lagi yang telah ALLAH SWT aturkan, setiapnya ada maksud tersirat.