top of page

Konsep Syukur Seorang Muslim (Melayu)


Jumaat hari ini terasa lebih padu. Suami menghantar saya ke HUFS dengan kereta. Dawud dan Hamdi ikut serta.

Dalam kelas, Encik Kim, Encik Ha dan Encik Im (para pegawai Samsung) sudah menunggu. Tiba-tiba terbit di mulut Encik Ha, "Cikgu lambat!" Saya terkejut, benar. Saya lambat 10 minit. Saya mohon maaf daripada mereka.

Saya meneruskan dengan membuka lagu 'Tanya Sama Pokok' nyanyian Kumpulan Mawaddah. Tidak sangka, 2 jam 30 minit, kami belajar tentang lagu itu dan ternyata, buah ilmu liriknya sangat luas buat tiga pegawai Samsung yang sedang belajar bahasa Melayu ini.

Saya mencermati mereka agar tidak bosan, setiap orang dipastikan berkomunikasi dan aktif dalam kelas. Saya lupakan umur mereka yang lebih tua, serta jawatan mereka (mungkin jurutera senior Samsung). Saya adalah guru. Seorang guru yang sedang belajar untuk mengajar (dengan baik).

Mereka semua disuruh menyanyi. Kelihatan seperti anak-anak bila mereka menyanyi. Tetapi ianya tidak memalukan, bahkan menceriakan kelas. Kami catatkan bersama apa itu perbuatan (verb), kata nama (nouns) dan kata sifat (adjective).

Salah salah satu kata perbuatan adalah syukur.

"Anda tahu bahawa syukur adalah sebahagian dari kehidupan Melayu. Sebagai Muslim kami sering mengaitkan syukur dengan apapun yang kami lakukan. Kami bersyukur dapat makan. Kami bersyukur pergi kerja, Kami bersyukur semuanya (yang baik-baik). Syukur itu berterima kasih kepada Allah SWT."

"Saya bersyukur kerana dalam semuanya rakyat Malaysia, Tuhan memilih saya datang ke Korea!" kata saya.

"Anda bersyukur kerana dalam ramai-ramai pegawai Samsung, anda terpilih ke Malaysia?" tanya saya.

"Tidak...." saya terdengar jawapan itu.

Begitulah mereka (orang Korea non-Muslim) yang tidak meletakkan Tuhan dalam setiap perkära kehidupan, syukur pasti masih asing.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page