top of page

Berbasikal


Sudah lama berhasrat naik basikal tepi sungai dekat-dekat rumah, hari ini Allah SWT makbulkan. Dawud di belakang tersenyum, mengekek ceria.

Suami bertanya, "Tahu guna gear basikal?"

Saya menjawab dengan yakin, "Tahu.."

Saya langsung mengayuh meredah petang yang sejuk-sejuk hangat. Kala basikal turun bukit, Dawud tambah gembira, saya sedikit kecut perut, gayat.

Kami pergi melihat bunga mawar yang berkembang di sisir sungai. Subhanallah. Sempat memotret senyuman khas Dawud yang luar biasa, berlatar-belakangkan Mawar anggun.

Hampir jam 7 petang, saya mengayuh pulang. Dawud nampak tidak selesa kerana kayuhan perlahan, saya penat dan rasa sesuatu yang berat menekan kayuhan.

Di rumah, saya bercerita itu-ini kapad suami, menggambarkan keterujaan hati.

"Abi..tapi ami rasa basikal tu perlahan sangat walaupun umi kayuh kuat tadi..."

"Umi tukar gear tak?" tanya suami.

"Er...gear? tak pula..tak pandai!"

"Hah! Tula tadi cakap pandai..aduhai umi.."suami mengeluh.

"Memanglqah kayuh dengan gear naik bukit!" katanya lagi selepas melihat basikal di luar.

Mahu cakap apa pada diri sendiri? ketawa.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page