top of page

Ramadan 2016


Memanjat tidak sama seperti mendaki.

Hari ini hari keempat bulan Ramadan 2016, kami menjalaninya di Hwrangdae, tahun lalu kami menikmati di Taereung. Sebenarnya, Taerung dan Hwrangdae tidak begitu jauh, kira-kira 7 minit berjalan kaki, atau 5 minit jika berlari namun keadaannya sangat berbeza. Ramadan 2015 kami tidak berkesempatan sekalipun berbuka puasa di Masjid Itaewon; kami belum ada kenderaan, jadual kuliah saya yang padat serta anak-anak (terutama Dawud) masih kecil. Rumah kami kala itu masih dalam bilik 'hotel'. Syukurlah, beberapa teman (keluarga Mazhan dan As, keluarga Ayla dan Asyraf serta keluarga Kak Zah dan abang Farid) datang berbuka di bilik 'istimewa' itu.

Allah SWT mengurniakan rumah lebih besar tahun ini, juga sebuah kenderaan yang selesa. Allahuakbar! Bila dikenangkan, sungguh banyak nikmatNya; jadi kami perlu lebih dekat padaNya dan jadi hamba yang bersyukur. Caranya, kami mahu lebih kerap berbuka dan solat jemaah di Masjid Itaewon; syurga dunia kami di Seoul serta mengajak lebih ramai rakan-rakan berbuka di rumah. Insha Allah.

Banyak yang mahu saya selesaikan pada Ramadan ini terutama tesis. Setiap hari meminta kepadaNya agar saya diberí kekuatan, semangat dan kerajinan untuk menyelesaikan amanah yang 'mencabar' ini.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page