top of page

Lari dan Duduk (Muhasabah) Sekejap


Anak-anak juga 'penyumbang' turun naik iman..masya Allah.

Benarlah FirmanNya bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan ; seperti sebuah padang permainan, seperti sebuah ladang tanaman, seperti pejabat atau ruang kerja, seperti majlis-majlis istimewa yang ada pengakhirannya. Dunia juga ibarat fatamorgana, kecantikannya tampak 'cantik' tetapi bila disentuh dan ditatang, rupanya menyusahkan. Saya sendiri pun adalah sebuah dunia!

Apa yang kekal? Tanpa perlu saya senaraikan, saya sendirilah menentukan yang kekal itu adalah iman. Di saat kita sudah memiliki harta, keluarga, pekerjaan yang baik, ilmu pengetahuan dan kelapangan (kesihatan, masa terluang serta usia panjang), kita masih rasa belum cukup bahagia. Misalnya, di waktu pagi kita bangun dengan kebahagiaan, belum tentu waktu petang dan malam menjanjikan perasaan yang sama. Di akhir zaman, iman sangat mahal. Imanlah yang memandu kebahagiaan dalam diri kita. Jika iman menebal, maka kebahagiaan juga tebal, sebaliknya juga begitu.

Wahai diri yang tampak bahagia, apakah hatimu bahagia? Terus menerus pertanyaan itu dalam diri saya. Rasanya, pasca Ramadan ini, nafsu yang bahagia, tetapi iman sering mengalah dan kecewa. Aduhai.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page