Cinta di Ladang Epal
Tuan ladang epal yang kami kunjungi, suami isteri sangat baik hati. Sebenarnya mereka peramah tetapi menjadi pendiam kerana semua dari kami tidak pandai bahasa Korea. Jadi dia hanya senyum lebih daripada bercakap.
Di ladangnya, dia membawa kami menjelajahi wilayah ladang yang luas. Atas puncak bukit, saya dapati ada pohonan pir dengan buah-buahnya bergentayangan di dahan, Allahuakbar.
sebenarnya, saya sangat gembirá kerana bahagia pengalaman ini dikongsi juga dengan sahabat kami sefamili, Kak Shahida dan Abang Mohd, kembar mereka dan pengasuhnya.
'Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.' (2:22)