top of page

The Structure of Feeling


Gambar: Mangkuk-mangkuk pengalaman

Pengalaman. terkandung di dalamnya kerinduan, kebencian, pahit, ketakutan, kesakitan, kemanisan,

Saya teringat ketika tidur di sebelah tok. Saya menyuruh tok berbaring hanya mengadap saya, bukan adik saya. Umur waktu itu 4 atau 5 tahun. Kini Tok Piah sudah di sisi Allah SWT.

Saya kenangkan waktu-waktu sakit dulu, pahitnya masih berbekas. Saya lari peluk tokwan dan mak, saya benar-benar takut, rasa mahu mati. Emak menasihati saya banyakkan ingat kasih sayangNya.

Saya tiba-tiba kenangkan saat berdiskusi dengan 'bakal suami' di satu sudut Masjid Shah Alam, ada seorang pengawal wanita menemani kami. Kini, bakal suami telah menjadi suami yang amat penyayang.

Saya ingat lagi ketika saya menolak kereta sorong Darda', suami mengendong Dawud. Kami berjalan pulang dari Bongwahsan ke Taerung, di tahun awal di Korea. sangat susah. Kini Allah SWT menghadiahkan kami kereta, saya memandu ke HUFS. Allah...

Saya malu kenangkan sifat tidak sabar dalam hidup. Banyak yang jadi 'haru-biru' kerana sifat ini. Ingin putar kembali mustahil. Cuma saya dapat bisikkan 'Ah, tanpa yang bernama 'silap' tentu tidak boleh jadi 'terbaik'.

pengalaman. Terkandung dalamnya perasaan. Di saat kita tidak mahu ia hadir, ia tetap hadir.

Saya mendengar nasyid Sudah Sunnah Orang Berjuang alunan Nadamurni. Tiba-tiba sahaja teringat waktu saya dipaksa abah bernasyid dalam bas di Kota Medan, bersama anak-anak murid abah (SMKA Maahad Hamidiah Kajang), saya berumur 9 tahun waktu itu. Nasyid itu terus mengingatkan saya pengalaman 23 tahun dulu.

Itulah Struktur Perasaan (The Structure of Feeling). Teori yang diperkenalkan Raymond Williams berkait dengan seorang pengarang: di belakang, di depan, di mana-manapun dia dipengaruhi oleh pengalaman masa lalunya yang tidak lepas daripada 'sosialisasi'.

Pengalaman. Ia lebih melampaui diri fizikal kita.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page