Musim Gugur, Gugurlah Waktu Kita
Musim gugur antara musim paling cepat dirasakan berlalu. Kecantikannya sungguh pawana dan sebentar! Setiap ke kampus, melalui lorong Gingko dan taman Maple yang disemarakkan warna jelita masing-masing, saya jadi tidak mahu ke mana. Mahu berada bawah teduhan pohonan itu.
Allah SWT memberi gambaran sekelumit tentang indahnya syurga yang lebih aneh; cantik tidak tergambar. Supaya bersegeralah melakukan kebaikan, melaksanakan syariatNya dan tawadhuk menjadi pakaian saat diberikan pelbagai nikmat; agar nanti tempat rehat kita adalah syurga; lebih cantik dari pohonan itu.
Allahuakbar. Kukembalikan segala kekaguman ini kepada Pencipta sekalian makhluk.