Cinta

February 4, 2017

 Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan kesihatan buat Tokwan Tahir dalam usia 78 tahun dapat bermusafir ke Nakhon si Tammarat, tanah leluhurnya.

 

 

"Mengapa selalu balik?"

"Berapa kos ulang-alik Korea dan Malaysia?"

 

 

Soalan-soalan itu pernah ditanyakan kepada kami. Sebenarnya mudah untuk menjawabnya, cuma tidak mudah menjelaskan asbab di sebalik perbuatan kami.

 

Hampir 3 tahun tinggal di Korea, sudah 7 kali kami pulang bercuti ke Malaysia. Sahabat saya tidak memberitahu kepulangan saya pada suaminya. "Nanti Abang Z (suaminya) akan berleter Hani (kerana kerap pulang).." katanya. "Oh..kami lari dari sejuk.." saya membalas.

 

Tidak. Sebenarnya itu bukan sebab utama. Salji dan dingin cuma singgahan yang Dia turunkan mengikut kemampuan hambaNya untuk menghadapi ujian alam.

 

Saya melihat wajah tokwan Tahir yang ceria dalam uzurnya. Nampak rindu di matanya tidak sehebat ketiadaan kami di sisinya. Dalam tubuh yang makin rapuh, dia nampak segar mahu bersama kami; ke manapun yang sesuai. Saat-saat yang penting, lebih dari emas permata. Syukur kerana Allah memberi peluang itu lagi.

 

Ianya tentang cinta.

 

Ummi Hani,

Kampung Gajah Putih

 

 

 

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts

September 3, 2019

July 21, 2019