top of page

Cinta


Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan kesihatan buat Tokwan Tahir dalam usia 78 tahun dapat bermusafir ke Nakhon si Tammarat, tanah leluhurnya.

"Mengapa selalu balik?"

"Berapa kos ulang-alik Korea dan Malaysia?"

Soalan-soalan itu pernah ditanyakan kepada kami. Sebenarnya mudah untuk menjawabnya, cuma tidak mudah menjelaskan asbab di sebalik perbuatan kami.

Hampir 3 tahun tinggal di Korea, sudah 7 kali kami pulang bercuti ke Malaysia. Sahabat saya tidak memberitahu kepulangan saya pada suaminya. "Nanti Abang Z (suaminya) akan berleter Hani (kerana kerap pulang).." katanya. "Oh..kami lari dari sejuk.." saya membalas.

Tidak. Sebenarnya itu bukan sebab utama. Salji dan dingin cuma singgahan yang Dia turunkan mengikut kemampuan hambaNya untuk menghadapi ujian alam.

Saya melihat wajah tokwan Tahir yang ceria dalam uzurnya. Nampak rindu di matanya tidak sehebat ketiadaan kami di sisinya. Dalam tubuh yang makin rapuh, dia nampak segar mahu bersama kami; ke manapun yang sesuai. Saat-saat yang penting, lebih dari emas permata. Syukur kerana Allah memberi peluang itu lagi.

Ianya tentang cinta.

Ummi Hani,

Kampung Gajah Putih


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page