top of page

Payung di Korea

Selama 4 tahun 3 bulan di Korea, hampir 10 payung saya hilangkan. Berpunca dari sifat lupa.

Gara-gara, ketika keluar rumah, hujan turun, bila sahaja nak pulang ke rumah dari bilik kuliah atau rumah kawan, hujan sudah berhenti. Menyebabkan saya lupa nak ambil payung kembali.

Hari ini, hujan turun seharian. Saya keluar pagi, hujan turun lebat. Ketika mahu pulang, hujan masih turun, jadi saya tidak lupa mengambil payung (kerana perlu guna payung).

Sebenarnya, sikap (suka) meninggalkan payung 'tidak bertempat' ini dikecam suami. Jadi dia selalu berpesan bila saya keluar rumah dengan berpayung, "Jangan lupa ambil payung tu bawa balik.."

Pagi tadi, ketika meminjam payung 'kesayangannya' (akibat payung2 saya yang telah 'hilang' sebelum ini), saya tahu suami akan berpesan apa. Justeru, sebelum dia membuka mulut, saya menggunakan pembujukan emosi dengan berkata, "Jika abi cakap (seperti sebelum ini), saya tak mahulah pakai payung, biarlah saya kebasahan dalam hujan.."

Kedengaran sedih, suami nampak tidak berpuas hati mungkin tidak dapat mengungkapkan pesanan seperti sebelumnya.

Itulah cerita payung selama di Korea.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page