top of page

6 Kali Pocheon

  • Ummi
  • Jul 3, 2018
  • 1 min read

Tasik Sanjeong dikawal tiga raksasanya; Gunung Myengseong, Gunung Mangbong dan Gunung Mangmubong. Tiga raksasa itu bertukar-tukar wajah selama musim berganti. Selalunya di musim salju, gunung-gunung menjadi putih dan kaku sehingga tidak berupaya menatang tasik untuk terus menjernih. Waktu itulah, tasik tanpa air yang berkocak diganggu suhu beku, sehingga-hingga tiada orang mahu mendayung dan melepaskan nafasnya ke tasik dan kampung itu menjadi sangat sunyi.

Di musim luruh, kawasan ini ramah menerima tetamu seluruh Korea. Dedaunan seperti pensil-pensil warna. Ilalang pula tidak berhenti membelai dan dibelai angin.

Masya Allah, 6 kali kami berjodoh dengan Pocheon. Pada saat kehijauan, mahupun ketika gunung-gunung seperti lelaki botak dengan uban salji di atasnya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page