top of page

sem (pit) yang (lu)as


Hampir dua bulan menjadi pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya belum mempertemukan saya dengan 'kelapangan hati.' Ianya disempitkan oleh ruang pengetahuan yang 'kerdil' dalam diri. Saya mencari dan ditinggalkan.

Ada artikel yang meminjamkan alatan tukangan; supaya saya robohkan fikiran sempit itu. Keluar dan besarkanlah ilmu pengetahuan (diri). Sastera adalah makanan manusiawi. Walaupun ada yang melihat penguncupan 'bidang Sastera Melayu' akibat 'sedikitnya' yang memilih kursus ini di peringkat university (dibandingkan dengan bidang-bidang lain), tetapi ianya bukan takdir.

Artikel berjudul 'The Global Program Era: Contemporary International Fiction in the American Creative Economy' menjelaskan kini penulisan kreatif di Amerika menjadi industri. Yang paling menarik, para penulis yang menggiatkan kesusasteraan Amerika sekarang adalah orang asing (foreigner) antara yang paling besar dari Asia Selatan (India dan Pakistan). Gerombolan ini menembusi kesusasteraan Amerika dengan memasuki program penulisan kreatif di university-university terkemuka Amerika khususnya di peringkat sarjana dan kedoktoran. Kemampuan menulis dalam Bahasa Inggeris antara sebab karya dibaca khalayak luas.

Postcolonial antara isu menarik yang menjadi tema para penulis asing di Amerika yang kemudiannya menjadi pasaran di negara-negara barat. Saya senaraikan beberapa penulis Pakistan yang kini mendapat tempat di Amerika Syarikat antaranya Bilal Tanweer, Daniyal Mueenuddin dan Mohsin Hamid. Novel-novel pengarang luar dijenamakan semula sebagai 'sastera global' yang kemudiannya digemari masyarakat antarabangsa.

the global novel has emerged as an assimilationist category that relies on economizing and balancing the political difference inaugurated by postcoloniality with the demands of a global creative economy.

In the framework of the MFA program, the global anglophone novel does not encourage the realization of a radical interconnectivityof non-Western anglophone centers but the redistribution of those former European colonies into an Americanized creative economy. In other words, the professionalization of writing has seen the rise not just of the American professional writer or of the diasporic American writer but of the global professional writer

Ketika kita bercakap tentang 'kemuraman' dunia sastera tempatan, Amerika pula sedang giat memperluaskan blok sastera baru mereka dengan menawarkan kursus-kursus penulisan kreatif di university-university kepada penduduk di negara bekas jajahan Eropah. Bahasa Inggeris menjadi satu-satunya Bahasa yang dipertaruhkan. Novel yang ditulis oleh para penulis luar ini dijenamakan dan dipasarkan ke seluruh dunia dengan bersandarkan kepada jenama 'Sastera Amerika'.

Kita yang sedang menghadapi kemuraman perlu segera bangkit. Jenamakan kembali penulisan kreatif. Yang kedua terpenting, adalah bidang penerjemahan. Kecuali jika penulis berdedikasi mahu menulis dalam dua Bahasa; Melayu dan Inggeris.

Bahasa adalah khalayak. Khalayak adalah pasaran. Dan pemain bahasa yang manakah efektif mempromosikan karya-karya sastera ke seluruh dunia?


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page